Nuffnang Ads

Wednesday 14 November 2012

Salam Maal Hijrah 1434H

Assalammualaikum...
Selamat Menyambut Maal Hijrah 1434M.
Hari ini genaplah setahun bagi kalendar Hijrah iaitu kalendar bagi umat Islam. Kita akan masuk ke tahun baru pada 1 Muharram atau lebih dikenali sebagai Maal Hijrah atau Awal Muharam.

Awal Muharam merupakan hari yang penting dalam sejarah Islam kerana pada tahun tersebut iaitu tahun 622 Masihi, berlaku penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Kota Mekah ke Kota Madinah. Oleh itu, tahun tersebut telah dijadikan sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.

Seterusnya, mari kita lihat makna sebenar Maal Hijrah. Maal dalam bahasa Arab bermaksud "mari". Manakala Hijrah bermaksud berpindah dari satu tempat ke satu tempat atau berubah dari satu keadaan kepada satu keadaan yang lain. 

Awalnya, perpindahan dari suatu tempat ke tempat yang lain hanya terjadi pada zaman Rasulullah dimana baginda bersama umat Islam berhijrah dari Mekah ke Madinah  untuk mengelak kecaman dari pihak yang menentang Islam, sekaligus menjadikan hijrah sebagai strategi dalam mengembangkan Islam. Kejayaan besar yang dilakukan oleh baginda dapat ditunjukkan melalui perpaduan antara pihak Muhajirin dan Ansar yang sentiasa menyokong perjuangan dan membantu baginda untuk mempertahankan ajaran Islam. 

Kini, perubahan budaya dan adat dalam sesebuah masyarakat, menjadikan Hijrah sebagai perpindahan dari satu keadaan kepada keadaan yang lain. Lebih mudah difahami jika kita katakan Hijrah pada zaman kini sebagai perubahan kepada sesuatu yang lebih baik. Jika hari ini kita baik, maka esok kita haruslah berusaha untuk menjadi LEBIH BAIK..

Maal Hijrah bukanlah hari untuk bercuti semata-mata, tapi tahun untuk kita melakukan perubahan, menjadi lebih baik dari sebelumnya dan hari untuk kita mengingati perjuangan Nabi Muhammad S.A.W dalam memperjuangkan Islam.

Akhir kata, marilah kita bersama-sama menghayati satu-satunya lagu Maal Hijrah yang sering dinyanyikan pabila tibanya hari bersejarah ini.

Lirik Lagu Maal Hijrah

Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman


1 comment: