Nuffnang Ads

Wednesday 14 November 2012

Tropical Village Ayer Hitam, Johor

Deepavali- First perkara yang bermain diminda ialah perayaan kaum India..Second ialah......cuti...

Harini kawan-kawan ajak makan angin di Tropical  Village Ayer Hitam, Johor. Apa Tropical  Village nie?? Mall ke? tak penah dengar pon...

Kalau dari tol Air Hitam..smpai je traffic light simpang 4 Ayer Hitam, masuk kiri..kalau dari UTHM pula, masuk kanan lepas traffic light..Lepas tu, anda akan nampak banyak kedai anak patung.

Ape yang menarik kat Ayer Hitam ni sebab ade banyak banyak banyak kedai cenderahati dan barang perkahwinan.. Anak patung kat sini tak usah cerita.. berlambak-lambak.. harga pulak murah-murah..sebab bersaing dengan banyak kedai...not bad, ain pon borong 2 ekor teddy..haha..baru RM90. kalau tempat lain..anak patung besar penumbuk je pon dah RM 50.

berbalik ke cerita tadi..selepas meneruskan perjalanan.. dalam 5 minit kemudian, anda akan nampak pintu gerbang Tropical  Village di sebelah kanan. Dah sampaiiii...tapikan....

Tempat die memang old..



Yerr..old..lumut dah banyak..patut tak dengar promo atau ads sangat pasal tempat ni..macam nak pupus..tapi harap-harap tak laa..sebab ain rase tempat ni sangat menarik..kalau nak lawan Legoland,,memang mustahil..tiket masuk 10 kali murah.. Dewasa RM10.. kanak-kanak RM3 maybe....hahaha..kami tak bawa budak..so..tak perasan, maaf...bawa masuk kereta kena tambah RM5 lagi..

Nak drive ke dalam pon boleh, nak parking kat kat luar pon boleh..tapi al-maklumlah, kami ni puteri lilin, mengade nak naik kereta.. Jarak antara setiap lokasi, dekat-dekat je..dan lebih baik bawa air mineral sebotol, penat dan haus berjalan!

sekarang sesi bergambar . picture speaks a thousand words..haha














eh..kude betoi ke ni?




Thanks kepada kawan sebab ajak jalan-jalan..love u guys, Credit to shu, soh, jue, zira.. =)






Carta Organisasi UTHMas 2012/2013


Bangun pagi-pagi je terus ingat pada kerja berlambak-lambak. Algebra dah jadi killer subject..belum tengok struktur diskrit..waa..berapa markah test ni..programming pulak..huuu..solutelah..kene jadi independent girl, dengan kelas tutorial, kuliah memanjang takde..nasib ade en.google..belajar dengan die..

Bukak FB, ingat boleh release tension..sekali..syok scroll, scroll..scroll bwah lagi..tengok pengerusi alumni tanyer..camni lah lebih kurang "Mohon pencerahan carta organisasi sekian..sekian.." waaa..tengok komen bawah lagi ketua siap tag name ain lagi.."Sharifah Nurain macamne?" uuuu..ape lagi..ain terus bukak photoshop..ekeokekok...cut, copy, paste, resize..repeat balik..ekeokekok..pehh..siappp..

Actually, kerje ni dah lame sangat kene siapkan..3 minggu yang lepas kot..Ain buzy sangat smpai terlupe..tapikan...kerja last minute memang diakui berkesan..idea bukan sahaja keluar dengan mencurah-curah, bahkan dapat disiapkan dalam masa yang singkat..hahaha.. dan inilah hasilnya.



Tak se'smart' mane..tapi ain dah upload dalam group, minta kerjasama semua untuk cadangkan penambahbaikan, komen, like ke..share pon bagus jugak..hehe


Salam Maal Hijrah 1434H

Assalammualaikum...
Selamat Menyambut Maal Hijrah 1434M.
Hari ini genaplah setahun bagi kalendar Hijrah iaitu kalendar bagi umat Islam. Kita akan masuk ke tahun baru pada 1 Muharram atau lebih dikenali sebagai Maal Hijrah atau Awal Muharam.

Awal Muharam merupakan hari yang penting dalam sejarah Islam kerana pada tahun tersebut iaitu tahun 622 Masihi, berlaku penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Kota Mekah ke Kota Madinah. Oleh itu, tahun tersebut telah dijadikan sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.

Seterusnya, mari kita lihat makna sebenar Maal Hijrah. Maal dalam bahasa Arab bermaksud "mari". Manakala Hijrah bermaksud berpindah dari satu tempat ke satu tempat atau berubah dari satu keadaan kepada satu keadaan yang lain. 

Awalnya, perpindahan dari suatu tempat ke tempat yang lain hanya terjadi pada zaman Rasulullah dimana baginda bersama umat Islam berhijrah dari Mekah ke Madinah  untuk mengelak kecaman dari pihak yang menentang Islam, sekaligus menjadikan hijrah sebagai strategi dalam mengembangkan Islam. Kejayaan besar yang dilakukan oleh baginda dapat ditunjukkan melalui perpaduan antara pihak Muhajirin dan Ansar yang sentiasa menyokong perjuangan dan membantu baginda untuk mempertahankan ajaran Islam. 

Kini, perubahan budaya dan adat dalam sesebuah masyarakat, menjadikan Hijrah sebagai perpindahan dari satu keadaan kepada keadaan yang lain. Lebih mudah difahami jika kita katakan Hijrah pada zaman kini sebagai perubahan kepada sesuatu yang lebih baik. Jika hari ini kita baik, maka esok kita haruslah berusaha untuk menjadi LEBIH BAIK..

Maal Hijrah bukanlah hari untuk bercuti semata-mata, tapi tahun untuk kita melakukan perubahan, menjadi lebih baik dari sebelumnya dan hari untuk kita mengingati perjuangan Nabi Muhammad S.A.W dalam memperjuangkan Islam.

Akhir kata, marilah kita bersama-sama menghayati satu-satunya lagu Maal Hijrah yang sering dinyanyikan pabila tibanya hari bersejarah ini.

Lirik Lagu Maal Hijrah

Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman