Nuffnang Ads

Saturday 9 February 2013

Ikan Cencaru Sumbat Kelapa

Cencaru sebelum dipanggang


Bahan A
1 ekor ikan cencaru bersaiz besar
Daun pisang/kertas aluminium (untuk membungkus ikan)

Bahan B
½ ulas bawang besar
1 ulas bawang putih
1 btg serai
Halia
Cili padi / cili boh

Bahaan C
½ biji kelapa parut
1 camca kecil serbuk kunyit
Garam, gula, serbuk perasa
Daun Serai (dipotong halus)


Cara-cara:

    1. Siang dan bersihkan ikan. Gunakan tepung jika ikan berbau hanyir atau kurang segar. Belah ikan di tengah-tengah untuk disumbatkan dengan kelapa.
    2. Bersihkan bahan B, potong dalam bentuk yang lebih kecil atau dadu. Kisar atau tumbuk bahan B.
    3. Selesai langkah 2, panaskan minyak dan tumis Bahan B sehingga naik bau. Masukkan Bahan C dan gaul sebati. Kemudian masukkan daun serai. Jangan goreng kelapa terlalu garing.
    4. Sumbatkan kelapa goreng dalam perut ikan cencaru hingga penuh. (Boleh jahit perut cencaru dengan lidi kelapa). Lumur ikan dengan kunyit dan garam seperti biasa.
    5. Bungkus ikan dengan daun pisang untuk mendapatkan aroma yang lebih wangi. Bau tradisional gitu..cewahh..
    6. Panggang ikan dalam kuali supaya ikan tidak terlalu hangus dengan api sederhana kecil. Terbalikkan ikan selang 10 minit sehingga masak. Intai2 laa sikit untuk pastikan ikan tak mentah. Sedia dihidang!



    No comments:

    Post a Comment