Nuffnang Ads

Saturday 8 June 2013

Bagaimana copy OS ke dalam bootable pendrive?

Malam ini, ain terpaksa format laptop oleh kerana keadaan beliau yang sangat mendesak. Masalah sekarang ain kena format guna pendrive..guna apa-apa je selain cd.

Format pakai pendrive? Kenapa nak pakai pendrive? Kenapa tak guna cd?

Biasa keadaan macam ni berlaku sebab:
1- tak ade cd driver/reader (yang tempat nak masuk kan cd dalam laptop tu)
2- cd driver rosak (ni case ain)


Step 1:
Nak pakai pendrive bukan sebarang pendrive. cari pendrive lebih 4gb, sebab ain nak format ke windows 8, 4gb tak muat lah..so, pinjam pendrive roommate, dapat 16gb punyer puas hati... Kalau ikut kan, actually 4gb memang muat, tapi kalau perasan, pendrive 4gb bukan tepat,,dah jadi 3.7....3.6 laa kadang-kadang..makin sikit space die.

Step 2:
Bootable pendrive dahulu.
Ingat ea bukan sesuke hati copy OS dalam pendrive. Faham tak kenapa kene bootable? Sebab kita nak boot laptop, so kena lah guna pendrive yang boleh buat booting.. aisy.. tak reti nak terangkan..

Bagaimana?
Ikut langkah ni, dan buat pada lappy lain. Of course laa lappy lain, kan lappy sendiri tak boleh on.

i. buka command prompt.

nak buka command prompt tau tak?
paling laju : Start > taip " cmd " > Enter
paling slow: Start > All Programs > Accessories > Command Prompt


ii. taip command

DISKPART
LIST DISK
SELECT DISK 2 (kalau case ain, last list disk adalah disk 2, so depends on lappy masing2)
CLEAN
CREATE PARTITION PRIMARY
SELECT PARTITION 1
ACTIVE
FORMAT FS=NTFS (lepas ni tunggu siap 100%)
ASSIGN
EXIT

ain rasa, tak ada masalah huruf besar, huruf kecil, ok je mane-mane.



STEP 3:
Masukkan cd OS, right click > Open.
Copy semua file dari cd dan paste ke pendrive yang korang boot tadi.
Nak copy ni akan mengambil masa yang lama..so, pergi buat air dulu lah...


STEP 4:
Format lah cam biasa.. tapi, bezenye dekat boot option kene pilih usb drive lah atau seumpama dengannya.
Kalau tak tahu cara format, follow sini je lah ea..

Dunia IT Malik

NOTA KAKI
- Nak normalkan bootable pendrive tadi just format je or delete semua file dalam pendrive.



Good luck!



No comments:

Post a Comment