Nuffnang Ads

Friday 22 February 2013

Cincin hiasan

Harini ain nak kongsi hobi baru, iaitu cincin hiasan.
Sangat awesome, dan rasa lebih confident!








p/s: lepas ni, kalau pergi jalan-jalan, ain xnak kumpul pelekat peti ais lg..nak cincin je..=)

Wednesday 13 February 2013

Mendaki Gunung Ledang, Johor

Seketariat Alumni Mahasiswa UTHM (UTHMas), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah mengikuti Kursus Pengukuhan Pasukan dan Pengurusan Organisasi 2013 (KPO) di Taman Hutan Lagenda, Taman Negara Gunung Ledang, Johor pada 19 hingga 21 januari lalu dan telah berjaya menawan puncak Gunung Ledang pada 20 Januari lalu. 
sumber: UTHM

Mendaki Gunung Ledang sangat awesome! Perjalanan kami bermula seawal jam 8.30 pagi, tiba di puncak pada jam 4.30 petang dan tiba di kaki gunung pada jam 11.55 malam. memang best! Alhamdulillah, kami selamat sampai walaupun ada yang mengalami masalah kekejangan, kaki terseliuh, kepenatan yang teramat sangat dan ada yang mampu bertahan sehingga check point 5 dan terpaksa berpatah balik atas sebab-sebab keselamatan.

Bagi sesetengah orang, mungkin akan berpendapat bahawa catatan masa kami tersangatlah lambat, tapi kalau korang nak tahu, kami langsung tidak membuat persiapan rapi seperti jogging atau senaman yang sewajarnya, sebaliknya hanya senaman panas yang ala kadar! Kejayaan menawan puncak gunung ledang ini merupakan satu pengalaman yang cukup indah setelah mengharungi pelbagai cabaran.

Untuk sampai ke puncak Gunung Ledang, pendaki harus melalui checkpoint yang telah ditetapkan. Terdapat 8 checkpoint semuanya. Pendaki perlu naik sehingga ke checkpoint 5 dan disana mereka boleh berehat sambil mendapatkan bekalan air. Selain itu, pendaki juga boleh membuat keputusan sama ada mahu meneruskan pendakian atau tidak.

Bagi ain, better korang teruskan perjalanan, sebab, bile dah start mendaki dari checkpoint 3 lagi, korang akan rasa teruja dan seronok sangat sebab perjalanan semakin mencabar. Berhati-hati dengan akar kayu, tunggul dan tanah yang licin. 


















 









 


Tuesday 12 February 2013

Kek Batik Coklat

Kali ni, rase nak makan kek batik..tetibe ngidam gitu..1st time buat ni..maaf lah kalau xsedap..sukatan pon ikot sesedap hati.. =)

Bahan-bahan:
1 peket biskut marie
250 gram buttercup
1 cawan serbuk coklat
1/2 tin susu
1 camca kecil esen vanilla
3/4 cawan milo

 Cara-cara:

  1. Patah-patahkan biskut marie dalam 3 or 4 bahagian.
  2. Cairkan mentega dalam periuk. Kalau ain, panaskan periuk dalam air panas. Ikut kaedah masing-masing lah nak panaskan coklat macam mane ea.
  3. Kemudian, masukkan serbuk coklat dan susu pekat. Kalau nak manis gilezz, curahlah 1 tin. Kacau hingga sebati.
  4. Masukkan esen vanilla dengan tujuan bagi wangi sikit..cewahh..dan kacau lagi.
  5. Masukkan biskut marie dan gaul rata. Kalau nak rangup, gaul sekejap, kalau nak lembik, gaul laa lama-lama. Tutup api.
  6. Dengan biskut yang masih panas, masukkan dalam loyang, penyek-penyek bisktut tue dengan serduk or sudu supaya permukaannya kelihatan agak rata.
  7. Topping: kalau malas basuh periuk, guna je periuk coklat tadi. Cairkan milo + susu + mentega + air sikit. dah sebati, curah atas kek batik tadi..
  8. Tunggu kek sejuk dalam suhu bilik, kemudian baru masukkan dalam peti ais. (Elak masukkan makanan panas dalam peti ais, untuk memelihara kesihatan peti ais anda).
  9. Agak-agak dalam 4 jam camtu, bolehlah dihidang.. =)










Hutan Lipur Gunung Senyum

Tahun Baru Cina..
Gong Xi Fa Cai!

Cuti kali ni..kami sekeluarga pulang ke kampung. Nak rase angin kampung pulak. Untunglah kampung memang kt kampung..hehe..bezanya kali ni tak ramai saudara mara balik same..

Esok petang...kami sekeluarga decide nak pergi Gunung Senyum. Jalan ke sane agak sunyi..ade lah 2, 3 buah kereta dari arah bertentangan..masuk simpang  lagi lah sunyi sepi.. Jalan masuk je dah penuh daun kering..rumput kiri kanan jalan mati kene racun. Tapi suasana macam ni lah best..berdebar je!

Rase dah surrender nak masuk dalam-dalam lagi...tapi, kami cekalkan hati jugak..tak de laa seram sangat..sebab dalam tue ade banyak kampung.. Bila masuk pintu gerbang die..fuhhh..puas hati..ramai jugak orang dalam ni..ade chalet lg..toilet, surau..dewan..dan kami pon menuju ke kaki Gunung Senyum dengan hanya berselipar!










Gunung Senyum ini terletak di Jengka 25, Temerloh, Pahang. Mereka yang ingin ke sini boleh melalui jalan darat dari arah Temerloh atau Jerantut. Mempunyai ketinggian sehingga 286 meter, gunung ini menjadi tarikan bagi penggemar aktiviti lasak. Terdapat banyak gua yang sedang mangalami pertumbuhan stalaktik dan stalagmit sehingga membentuk tiang batu kapur yang menarik.









Ini bukan padang, ini tasik yang dipenuhi dengan kiambang



 Atas faktor-faktor keselamatan,..kami jalan kat kaki gunung je..al maklumlah pkai selipar jer..bagi mereka yang sukakan cabaran, boleh lah naik gunung ni..sebab ade banyak lagi gua dan gunung untuk diterokai.
Untuk maklumat lanjut layarilah blogspot Gunung Sunyum.


Saturday 9 February 2013

Ikan Cencaru Sumbat Kelapa

Cencaru sebelum dipanggang


Bahan A
1 ekor ikan cencaru bersaiz besar
Daun pisang/kertas aluminium (untuk membungkus ikan)

Bahan B
½ ulas bawang besar
1 ulas bawang putih
1 btg serai
Halia
Cili padi / cili boh

Bahaan C
½ biji kelapa parut
1 camca kecil serbuk kunyit
Garam, gula, serbuk perasa
Daun Serai (dipotong halus)


Cara-cara:

    1. Siang dan bersihkan ikan. Gunakan tepung jika ikan berbau hanyir atau kurang segar. Belah ikan di tengah-tengah untuk disumbatkan dengan kelapa.
    2. Bersihkan bahan B, potong dalam bentuk yang lebih kecil atau dadu. Kisar atau tumbuk bahan B.
    3. Selesai langkah 2, panaskan minyak dan tumis Bahan B sehingga naik bau. Masukkan Bahan C dan gaul sebati. Kemudian masukkan daun serai. Jangan goreng kelapa terlalu garing.
    4. Sumbatkan kelapa goreng dalam perut ikan cencaru hingga penuh. (Boleh jahit perut cencaru dengan lidi kelapa). Lumur ikan dengan kunyit dan garam seperti biasa.
    5. Bungkus ikan dengan daun pisang untuk mendapatkan aroma yang lebih wangi. Bau tradisional gitu..cewahh..
    6. Panggang ikan dalam kuali supaya ikan tidak terlalu hangus dengan api sederhana kecil. Terbalikkan ikan selang 10 minit sehingga masak. Intai2 laa sikit untuk pastikan ikan tak mentah. Sedia dihidang!