Nuffnang Ads

Saturday 22 June 2013

Perbaharui Passport 2013

Macam-macam hal!

Nak buat passport je pon..masalah bertimpa-timpa. Kalau tak bersedia awal-awal mesti stress, dengan nak beratur panjang ambil nombor, tunggu giliran, nak bayar, kerusi tak ada.. berlanggar-langgar... err!

siap juga

Perbaharui/ Daftar Passport

Pemohon bawah 18 tahun
1. Passport lama (jika ada)
2. 2 keping gambar berukuran passport (latar belakang PUTIH)
3. Borang pendaftaran passport 
4. MyKad
5. Sijil Kelahiran (bawah 12 tahun)
6. Penjaga bagi tujuan pengesahan

Pemohon atas 18 tahun
1. Passport lama (jika ada)
2. 2 keping gambar berukuran passport (latar belakang PUTIH)
3. Borang pendaftaran passport 
4. MyKad

Salinan IC tak diperlukan cuma bawa IC sebenar. Seelok-eloknya isi borang terus, sebab bila beratur nak ambil nombor, pegawai akan check borang dahulu. Kalau lengkap, baru akan dapat nombor. Kalau tak lengkap? Ha..beratur laa balik! Kalau baru nak ambil borang, ambil je kat pegawai...tak yah beratur,

Tambahan..Jangan lupa no surat beranak ea.. and check ketinggian anda..

Bagi kes passport hilang.. memang masalah. nanti kena buat laporan polis, isi borang lagi..blah..blah..blah..baru siap.

GAMBAR adalah perkara yang sangat-sangat PENTING. Pastikan gambar berlatar belakangkan warna putih dan anda memakai tudung yang gelap. Jangan jadi macam ain. Gambar kena reject sebab warna terlalu cerah... terbang RM 10 eden.. =(


reject!
muka stress
Mohon DATANG AWAL. at least dapat nombor pon dah kira baik. lepas tu..nak pergi breakfast ke..make-up ke..suke hati. nak tunggu turn die..masya Allah lame. 1 pendaftaran ade yang ambil sampai 10 minit.. ape tah dorang buat,, tapi ain kejap je..dalam 3 minit.. sebab tak da masalah kot..

Lepas daftar pembaharuan passport, tunggu turn untuk bayaran pula. 

Bayaran:

1. RM 100 - 2 tahun
2. RM 300 - 5 tahun

Tapi, passport dah tak valid untuk 6 bulan terakhir dari tarikh luput. Kirenya, kalau anda ambil 2 tahun, passport valid untuk 1 tahun 6 bulan je lah.. mengerti? Lepas ni, tunggu lah dalam sejam ke 2 jam. baru passport siap. Nasihat ain. mohon bersabar.. ^^





Tuesday 18 June 2013

Preparation for my BIG day!!

BIG day...!!

Bunyi macam nak kawen dah..tapi bunyi je lah..
Tahun ni, boleh dikatakan tahun yang berat untuk ain sebab ade program besar ain akan ikot;

1- Backpackers Gunung Stong-Ayam di Kelantan
2- Eksplorasi Antarabangsa (United Kingdom) Alumni UTHM 2013

Macam tak percaya..serius program ni betul-betul menguji daya ketahanan mental, fizikal, duit, masa..pendek kata, semua perkara..

Untuk program backpackers, ain ready dari segi stamina. Jangkaan berada disana ialah selama 3 hari 2 malam.. Tiap-tiap petang kene turun jogging..Dapat 1 round pon rasa bahagia sangat. Last week, ain mendaki Bukit Payung, Batu Pahat, Alhamdulillah..ain tak rasa penat..enjoy sangat.. tapi 1 perkara yang ain tak pernah buat, tetiba buat....angkat beg berat..SERIUS BERAT..brape puluh kilo tah.. pengarah program paksa.. die cakap kalau nak nangis, nangis sekarang..jangan dah smpai Stong baru nak nangis.. wuuu


layan perasaan jap..berat seyh

Lepas tu, kami buat abseiling.. tau tak abseiling ?? Abseiling tu..turun dari tempat tinggi menggunakan tali..Best sangat..lagi-lagi buat dalam hutan, boleh tengok pemandangan cantik2..

ehsan nina

Gayat..tapi ain rilex..xley buat ape sebab tak de saper tolong, turun lah sendiri...sementara nak tegakkan kaki yang tengah mengeletar..ain tengok pokok-pokok, tengok batu..subhanallah...unik dan jarang dapat dilihat di tempat lain. Kemudian kami buat bouldering

ehsan amin
Banyak lagi photo..boleh view budak kampung photo

Seterusnya.. Program Eksplorasi Antarabangsa (United Kingdom) Alumni UTHM 2013 .. ini lagi 1 program yang ain sukar nak percaya.. UK?..are you serious? Program ini dibuat sebagai salah satu cara untuk menghargai kempimpinan kami sebagai AJK Tertinggi dalam Sektariat Aumni UTHM dan hanya 6 orang yang mengikutinya dari 12 orang. Yang lain tak dapat mengikuti program ini atas komitmen masing-masing.. sayang pula..tapi tak pelah..bukan rezeki lagi.

ehsan google

ehsan google

Ura-ura semase meeting uk v1. .. semua peserta kene prepare 8k..gurlp...telan air liuq..mane cek nak cekau duit ni..meeting seterusnya, naik sampai 12 k..lagi la gulrpp..  next meeting.. dapat tahu, u dah luluskan 5k untuk tiket flight..so sekarang, kami kene cari 6k seorang..

Bagaimana nak cari duit? emm..ada banyak cara tapi... kami pilih sponsor.. yerrr sponsor..buat kertas kerja  dan hantar ke mana-mana unit yang dirasakan sesuai...harap-harap dapatlah..insyaAllah.. tapi nak minta sponsor, bukan main minta sahaja..kena ada something to give back..ada paham? nak cerita panjang pon payah...jadi, kita tunggulah sampai ain jejakkan kaki ke sana..oh yeahh  ^^


Thursday 13 June 2013

12:51 by Krissy and Ericha




12:51 by Krissy and Ericha

I'm scrolling through my cellphone for the 20th time today
I'm reading the text you sent me again
Though I memorized it anyway

It was an afternoon in December
When it reminded you of the day
When we bumped into each other
But you didn't say hi cos I looked away

And maybe that was the biggest mistake of my life
And maybe I haven't moved on since that night

Cause it's 12:51 and I thought my feelings were gone
But I'm lying on my bed thinking of you again
And the moon shines so bright but I gotta dry these tears tonight
Cause you're moving on and I'm not that strong to hold on any longer

Oh oh oh oh...

And I saw you with her
Didn't think you would find another
And my world just seemed to crush
Shouldn't have thought that this would last

And maybe that was the biggest mistake of my life
And maybe I haven't moved on since that night

Cause it's 12:51 and I thought my feelings were gone
But I'm lying on my bed thinking of you again
And the moon shines so bright but I gotta dry these tears tonight
Cause you're moving on and I'm not that strong to hold on any longer

As the sky outside gets brighter
And my eyes begin to tire
I'm slowly drowning

The memories of him
And I know it shouldn't matter
As my heart begins to shatter
I'm left to wonder
Just how it should have been yeah

[Spoken]
Hey Tony
I just wanted to say...
Thanks for showing me around
I...really had a great time and
I wished I didn't have to leave but...
I won't forget about you

12:51 and I thought my feelings were gone
But I'm lying on my bed
I'm not thinking of you again
And the moon shines so bright but I gotta dry these tears tonight
Cause you're moving on and I'm not that strong to hold on
Cause I'll prove you wrong that I can move on through this song
I'm so much stronger
Oh oh oh oh...


=========================================================================================

memang mudah untuk kita jatuh suka pada seseorang, tapi sukar untuk melupakan..


Macam mana nak lupakan orang yang kita dah sayang ea?

Orang selalu cakap, buat kerja berat, busykan diri..jangan layan perasaan,..ea ke?... hummm.. Betullah tu, tapi melampau kalau terlalu busykan diri sampai abaikan kesihatan.. Kadang-kadang hati dah tak keruan asik teringat kan kenangan. Pergi sana, teringat, buat itu, buat ini, teringat.. Macam ni..bila nak selesai.

Tapi kenangan adalah kenangan. Biarkan saja,,paling penting, kita kene teruskan kehidupan.. Tak guna meraung, merayu, melutot, menyiku dan meme yang sebagainya.. so..macam mane ni??

1) Banyakkan masa bersama keluarga dan kawan-kawan 
Hubungilah ibu bapa di rumah,.Qada' lah semula saat-saat bersama sahabat. Keluar makan bersama even di cafe pon okey. Yang penting jalinan kekeluargaan dan persahabatan itu dapat kita eratkan dan ingat,  nilai kedua-dua ini lebih tinggi dari hubungan kasih kekasih..

Lebih baik, tambah kenalan lagi. dari situ, kita akan jumpa orang yang pelbagai jenis lagi. Terima saja kenyataan, dia bukan jodoh kita..

2) Berkongsi cerita
Luahkan apa yang terpendam dengan orang yang kita boleh percayai supaya tak makan hati. Dapatkan nasihat dan sokongan. Macam ini boleh membantu kita agar tidak membuat perkara bukan-bukan sebab kadang-kadang kita pon tak sedar ape kita buat.

Tapi, awas ea, bukan cerita di facebook, twitter.. Sangat annoying okey.. setiap saat nak post heart broken.,,Elok-elok orang yang baca kesian, kesudahanya, menyampah.. Memadai jika post sekali dua je.. Cukuplah..

3) Beriadah
Paling best, lari laju-laju..hahha..serius rase puas.. tapi lepas tu, sakit kaki kot.. Ain banyak berjogging je..hiking pon dah semakin kerap. tak pon climbing.. at least bila jumpa kawan-kawan beriadah ni..ada masa kita akan lupa sekejap kesedihan kita.

4) Jangan berdendam
Jangan ade sifat benci..sebab semakin kita benci, semakin kita ingat, semakin dia dalam jiwa... Lapangkan dada dan maafkan dia. just let him go...

5) Kerohanian
Ambil sedikit masa untuk mengisi hati kita dengan zikir dan taubat. Masih belum terlmbat jika kita ingin bertaubat. Memang betul manusia hanya ingat tuhan bila susah.. Manusia itu bersifat pelupa dan perlu selalu diingatkan.. Banyakkan membaca al-Quran dan sempurnakan solat terutama solat 5 waktu. Mudah-mudahan kita diberi petunjuk dan kekutan hati..



p/s: awak..hati saya semakin sembuh...^^



How to remove Ubuntu option in Windows 8 start up?

Masalah ain kali ni pula memilih OS bila startup windows. Sekarang Ubuntu ni dah tak boleh pakai..sebab ape ea? tak pasti lah..

So, ain nak remove Ubuntu buat sementara waktu.


1) Uninstall Ubuntu.


2 ) Buka Command Prompt dan run as administrator



3) Taip bcdedit > Enter.


Dari gambar di atas, kita boleh lihat Ubuntu berada pada pilihan terakhir. ade details seperti identifier, device, path dan description.

5) Klik kanan pada mana-mana dalam command prompt > Mark. Select value untuk identifier seperti dibawah. Klik Enter untuk copy value identifier yang panjang berjeler tu.


6) Taip bcdedit/delete. Kemudian klik kanan > Paste > Enter. Ini bermaksud kita akan delete Ubuntu berdasarkan id yang kita copy paste tadi.

delete successful

7) Check system dengan menaip bcdedit sekali lagi. Pastikan details untuk Ubuntu tiada.


Sekarang, cuma ada windows 8, Ini bermaksud proses membuang Ubuntu BERJAYA!! Cer restart lappy dan tengok select option pada startup. Mesti dah tak ada.. =)




Sunday 9 June 2013

Mendaki Gunung Banang a.k.a Bukit Banang

Mana satu ea..? gunung ke bukit niey?
Actually, Bukit Banang adalah bukit yang paling tinggi di Batu Pahat, oleh itu, ia dipanggil gunung. Dengan ketinggian kira-kira 1.4km, di  puncak gunung ini terdapat menara pemancar yang dikawal oleh tentera.

Pendakian kami diketuai oleh abg Sam, taiko hiking. Siapa tak kenal?? haha..ain pon baru kenal. Hebat jugak die..semua gunung diredahnya. Terima kasih kepada amin sebab ajak ain join pendakian ni. Ain pon ajak member-member lain, fatin, syu dan wani. Kami berkumpul di Dataran Batu Pahat pada pukul 8.30 pg camtu. Semangat + excited !

Sambil menunggu abg Sam and the gang, kami dah melepak-lepak kat stesen minyak..baring-baring atas rumput, khatamkan Harian Metro.. hahaha.. mane abg Sam ni..

Bila abg Sam sampai je..happy-happy dah semua..kami teruskan pemanduan ke kaki gunung banang. Masuk kawasan kampung sikit. Kalau nak cerita kat sini, tak berapa ingat simpang die..kene pergi sekali lagi...

Kami lalu kawasan kampung, kilang, hutan sikit dan akhir sekali stop di kilang buat tougeh xsilap..bau tougeh kot..haha..wangi2x.. Kami bersiap2, pakai kasut, asingkan barang penting dengan tak dan buat warming up sikit. Abg Sam minta kami berkumpul dan bagi briefing sikit.

Nota:
- Jangan cakap benda bukan-bukan
- Jangan ambil apa-apa
- Nampak mende bukan-bukan jangan tegur
- Tetapkan niat baik

Normally ini yang biasa dipesan setiap kali nak masuk hutan. Jadi, beringat-ingat lah kawan,!

Perjalanan bermula dengan laluan pokok kelapa sawit, kemudian menyusur anak sungai. Hutan ni agak tebal. Trek memang tak nampak dah. Penanda ade di batang-batang pokok tapi sangat reput. Ain lihat abg Sam melibas-libas dahan pokok dengan parangnya, sambil-sambil tu, mata ke kanan kiri mencari jalan. Fuhh.. memang tak nampak arah..kene pakai experience guider.

Dalam hutan, memang cantik, bau hutan pon wangi, cengkerik pon menyanyi-nyanyi. rase tenang je. Kami jumpa batu besar, Batu Kapal namanya, kami berehat sekejap sambil hilangkan dahaga, tak lupe posing juga..hehe.. Perjalanan diteruskan lagi sehingga kami sampai di puncak gunung. Kawasan ni agak semak samun dan banyak duri tajam. Hati-hati ea!

Keseluruhan, kami mengambil masa kira-kira 2 jam lebih untuk naik dan 1 jam lebih untuk turun. haha..actually dah tak ingat!!!


ada gaya?
pantai minyak beku tu

hutan-hutan

kami sekeluarga ^^

berehat di batu kapal


Done! Puas hati dan seronok. I love hiking ^^


Saturday 8 June 2013

Bagaimana copy OS ke dalam bootable pendrive?

Malam ini, ain terpaksa format laptop oleh kerana keadaan beliau yang sangat mendesak. Masalah sekarang ain kena format guna pendrive..guna apa-apa je selain cd.

Format pakai pendrive? Kenapa nak pakai pendrive? Kenapa tak guna cd?

Biasa keadaan macam ni berlaku sebab:
1- tak ade cd driver/reader (yang tempat nak masuk kan cd dalam laptop tu)
2- cd driver rosak (ni case ain)


Step 1:
Nak pakai pendrive bukan sebarang pendrive. cari pendrive lebih 4gb, sebab ain nak format ke windows 8, 4gb tak muat lah..so, pinjam pendrive roommate, dapat 16gb punyer puas hati... Kalau ikut kan, actually 4gb memang muat, tapi kalau perasan, pendrive 4gb bukan tepat,,dah jadi 3.7....3.6 laa kadang-kadang..makin sikit space die.

Step 2:
Bootable pendrive dahulu.
Ingat ea bukan sesuke hati copy OS dalam pendrive. Faham tak kenapa kene bootable? Sebab kita nak boot laptop, so kena lah guna pendrive yang boleh buat booting.. aisy.. tak reti nak terangkan..

Bagaimana?
Ikut langkah ni, dan buat pada lappy lain. Of course laa lappy lain, kan lappy sendiri tak boleh on.

i. buka command prompt.

nak buka command prompt tau tak?
paling laju : Start > taip " cmd " > Enter
paling slow: Start > All Programs > Accessories > Command Prompt


ii. taip command

DISKPART
LIST DISK
SELECT DISK 2 (kalau case ain, last list disk adalah disk 2, so depends on lappy masing2)
CLEAN
CREATE PARTITION PRIMARY
SELECT PARTITION 1
ACTIVE
FORMAT FS=NTFS (lepas ni tunggu siap 100%)
ASSIGN
EXIT

ain rasa, tak ada masalah huruf besar, huruf kecil, ok je mane-mane.



STEP 3:
Masukkan cd OS, right click > Open.
Copy semua file dari cd dan paste ke pendrive yang korang boot tadi.
Nak copy ni akan mengambil masa yang lama..so, pergi buat air dulu lah...


STEP 4:
Format lah cam biasa.. tapi, bezenye dekat boot option kene pilih usb drive lah atau seumpama dengannya.
Kalau tak tahu cara format, follow sini je lah ea..

Dunia IT Malik

NOTA KAKI
- Nak normalkan bootable pendrive tadi just format je or delete semua file dalam pendrive.



Good luck!



Monday 3 June 2013

Pendakian ke Gunung Datuk, Rembau, Negeri Sembilan

Iklan ke Gunung Datuk diuar-uarkn 2minggu sebelum tarikhnya,..ain dan fatin excited benor nak join program ni. Bagi nama siap-siap, nak book laa kononnya. 25hb Mei 2013 tarikh pergerakan kami.

Malam sebelum pergerakan ke sana,diadakan satu perjumpaan untuk pembahagian ahli kumpulan dan lain-lain info. Falcon selaku pengarah program memberi arahan untuk berkumpul pada 6.30 am dan bus akan bergerak pada 6.45 am. Pagi esoknya, ain dan fatin berusaha bangun seawal mungkin..dan 6.40 kami turun berkumpul. Sedang elok sampai di pintu. Falcon call. mesti die ingat kami tak bangun lagi ni... Bila ain tunjuk muka depan pintu, die senyum sambil matikan telefon..hehe..maaf,,lambat sikit, monolog ain dalam hati....dalam hati je..tak terluah..

Kami diberi 2 bungkus roti, sebotol kecil 100+ dan sebotol besar air mineral. Bas pulak memang sharp, 6.45 pagi dah ready..hehhe..Kami mulakan perjalanan dengan doa yang diimamkan oleh Felo Kolej Kediaman Tun Fatimah merangkap pegawai pengiring. Seterusnya, masing-masing lelapkan mata dengan perjalanan selama 2 jam lebih..Exit Simpang Ampat, kami menuju ke Rembau, Negeri Sembilan. Cuaca agak mendung dan mendung dan mendung..akhirnya renyai..hehe..hujan rahmat.Alhamdulillah.

Smpai disana sekitar jam 9.30. Hujan semakin lebat dan lebat macam tak nak berhenti. Kami masih menunggu dan menunggu...menunggu ape?..hujan berhenti?...

hehehe...

tidak...

Kami menunggu makanan tengah hari,,mane?mane?tunggu punye tunggu..hujan renyai pon dah berhenti. 1 group dah lepas naik keatas, kami masih setia menunggu nasi kami..Jam menunjukkan jam 11. Falcon memberi cadangan untuk topup 2 bungkus roti dan makan tengah hari di bawah. rasanya, kami sebulat suara menerima cadangan tue..hehe

Warm up badan harus dilakukan dahulu untuk mengelak kekejangan. Sedang elok habis warm up, makanan kami pon smpai..yeahhh..ayam kari..ahhaa..naik gunung pon boleh pikir ayam lagi..^^


Perjalanan dimulakan oleh guider diikuti oleh group 1 - group 6 dengan purata 5-6 orang ahli...Kali ni. ain amik pengajaran daripada hiking yang dulu, jangan makan berat sangat dan jangan jalan laju sangat. So, ain breakfast sebungkus roti dan sekotak soya. Ade bekalan choki2 dan choclate jugak..

Perjalanan naik mengambil masa selama 3 jam. Tempoh yang agak disebabkan oleh jumlah kami yang agak ramai dah banyak persinggahan, Sampai diatas, korang kene naik batu2 untuk sampai ke puncak. Kat sini memang dah ade tangge, tapi hati-hati ea. kemungkinan untuk tergelincir sangat tinggi. Perjalanan turun pula mengambil masa 1jam setengah....tak sampai 2 jam..mane taknye..turun laju tak berhenti.

dari kaki gunung

subhanallah ^^

cantik tapi ade kasut jadi tak cantik.

peserta
ehsan : fb Falcon
semangat after lunch ayam kari
ehsan: fb falcon

kami group 2 hebat..haha
puas tiba di puncak
ehsan: fb Falcon
dengan hikmah kita meneroka..


Alhamdulillah..ain betul2 berpuas hati dengan perjalanan kali ni. Amalkan tips tadi dan memang berkesan. Kekal bertenaga dan tak pancit! Paling penting,,memang enjoy..kawan2 yang sporting dan program yang best!

I love hiking ^^

Hiking di Gunung Lambak, Kluang, Johor

yeahhh..hiking lagi.. tak sabar!

Kali ini, kami plan ke Gunung Lambak yang terletak di Kluang Johor. Gunung Lambak kini menjadi salah satu pusat rekreasi tumpuan orang ramai yang dahagakan alam semulajadi...cewaahh..hhaaha.. Di kaki Gunung Lambak, terdapat resort yang menyediakan pelbagai kemudahan seperti taman air, tapak perkhemahan, natural walk, parking dah pelbagai lagi.

Kalau tak silap, pagi ahad, ain dan 4 orang member bergerak  ke Kluang seawal 8 pagi dari UTHM..(awal laa sgt)..perjalanan dari parit raja mengambil masa kira-kira setengah jam...namun..namun..namun..tambah tolak bahagi darab, ade dalam sejam kot, topup minyak, breakfast dulu..blah..blah... Sampai di Kluang, jangan risau sangat tentang arah sebab ada banyak sign board ke Gunung Lambak dapat dilihat.

ehsan: http://www.gununglambakecoresort.4t.com/contact.html



Sampai-sampai je di sana, MasyaAllah..punyer banyak kereta tersusun, rapat-rapat gitu. Dah lah hari Ahad, datang lambat lagi..berpusu-pusu lautan manusia,,ade 1 group dari Singapore dalam 200, ade 1 group lagi, 100 orang..ramai...

Tapi, kami teruskan perjalanan juga, tak perlulah patah balik kan?. Mula-mula, ain dan sorang taiko ni (Madihah) bergerak agak laju sebab nak potong group ramai-ramai ni..hahha..syok giler potong orang..potong sana potong sini..haha..puas hati..Sampai dah 1 level ni, dah tak de group ramai2 tue..ain dah start rase penat.. penat giler..

hhaha...wa pancittttttt....

seryes nak pitam..ade jugak terduduk dengan mate terkebil2 tak nampak masa depan dah.. ase nak berguling pon ade..adoyai..time ni lah nak pancit bagai.. Ain buat conclusion,.
1:Breakfast berat sangat
2: Awal2 lagi dah pecut

Pagi itu, ain breakfast lontong..hahhaa..dan muke..macam mane boleh terpikir nak makan macam tue,,memang mendapat laa...Waktu ain pancit tu..Eadil dan Hisham teman kan..Madihah dan Fatin teruskan perjalanan..Tak jauh pon,..semua yang turun dan lalu sebelah ain bagi semangat, semua cakap lagi sikit.. Betul ke diorang cakap..?lagi sikit je..hurmm..ain telan 100 plus, regangkan kaki, berborak-borak..lapangkan hati dan fikiran..ahahha...

10 minit lepas tue, baru stable dan kami ber3 teruskan perjalanan..haha..betul lah..memang dah dekat, 10 minit je lagi...kalau ingat balik..cam kelakar, ain bagi izin kat kawan2 naik dulu termasuk kat aedil dgn hisham.. macam dah tak jumpe je..hehe..ain pesan camni.. "korang..korang naik lah dulu..tak larat sangat ni..xpe..nanti kite jumpe kat bawah..aq duduk sini je..xg mane2.." hahha..ape punyer wasiat daaa. eidil plak dengan selamba.."xpe..rehat je laa..bukan nak kejar pape pon..",, ain lega gak die cakap macam tue..si hisham pulak berjalan-jalan kehulu kehilir, tengok2 pemandangan..'natural beauty'..hehe..tengok dorang relax je..ain pon jadi relax jugak..sebab dah pitam ni biasa amik masa sikit nak betul2 stabil..tapi..alhamdulillah..kejap je ni..walaupon rase macam lame sangat duduk.. dah try berdiri, makin gelap dunia..kene duduk balik..

Anyway bile dah sampai puncak, memang puas hati sangat2..finally, i can do it! View tak nmpak luas sangat sebab pokok dah membesar and block view dari situ...tapi ok lah..hahaha..nak sedapkan hati...^^
ain post sikit pic di Gunung Lambak okey..

Baru smpai, terus berkelah.

hero ;)

okey, aksi je..bukan sepak betul2.

excuse me, can u snap us ^^


Opss.. lupe nak gi taw..sumer yang pergi ni..budak climbing..so, kalau ade yang nak manjat-manjat ni..harap2 korang dah ade experience dengan ketinggian. Sebabnye: nak elak gayat dan tergelincir. Setiap kecelakaan dan kemalangan adalah TANGGUNGJAWAB MASING-MASING..
Next pic, ketue kelab climbing..xley cakap ape..the pro one..

i'm a legend

As u can see, tak banyak pemandangan yang boleh dilihat. Tapi, not bad kan..hehe..nak sedapkan hati lagi..Dengan jarak perjalanan sejauh 1.4km, kami ambil masa selama 1 jam setengah naik dan 1 jam untuk turun... :) Puas hati sangat2.

Sesuai utk semua lapisan masyarakat..Jalan gunung ni agak curam dan tak banyak jalan landai..agak penat tapi berbaloi..anyway, it's FREE..free from fee.
Enjoy hiking guys!