Nuffnang Ads

Tuesday 11 November 2014

PSM - membangunkan ontologi

Sem terakhir,.. tinggal beberapa subjek lagi untuk dihabiskan dan antara subjek yang paling menduga kecekalan hati adalah PSM. Development of Heart Disease Ontology menjadi cabaran yang ain terima. Tertekan tapi masih cuba selagi yang terdaya.

Ontologi menerangkan konsep untuk sesuatu perkara. Ia bukan pengkalan data tetapi menyimpan perbendaharaan kata agar setiap istilah mempuyai maksud yang boleh difahami bukan sahaja manusia tetapi komputer. Ini menjadikan komputer bersifat lebih pandai (intelligent) untuk mencapai kehendak manusia.

Terdapat pelbagai tools yang boleh digunakan untuk membangunkan ontology antaranya, Protege dan Jena. Bahasa yang digunakan meliputi XML, XMLs, RDF, RDFs dan OWL. Kalau kite menggunakan Protege, secara automatik, file akan disimpan dalam format .owl. 

interface Protege
Sebelum membina ontologi, adalah penting untuk kita memastikan jika terdapat sebarang ontologi yang berkait wujud. Jika ada,gunakan semula agar kita tidak perlu membina semula ontologi dari awal. Ontologi adalah open source, membenarkan perkongsian dengan sesiapa sahaja agar isi kandungan dapat ditambah untuk penambahbaikan.

Persoalannye, mengapa kita mengunakan ontologi?

Data didalam web dihubungkan melalui link. Untuk mencapai dari 1 sumber ke sumber yang lain, pengguna memerlukan keywords yang sesuai. Namun, masalah akan timbul sekiranya komputer gagal memahami apa yang pengguna mahukan. Dengan menggunakan ontologi, data antara pelbagai konsep dapat dihubungkan kerana wujudkannya hubungan / properties antara setiap terms.

Contohnya, 

sumber: http://www.daconta.us/briefs/why-ontology-general.pdf
Setiap terms dihubungkan antara satu sama lain dengan menggunakan properties (warna merah). Andaikan, Tiket, RentalCar dan Hotel merupakan 3 ontologi yang berlainan tetapi digabungkan untuk membantu capaian maklumat dengan lebih tepat dan bermakna.

Kesimpulannya, ontologi merupakan satu kefahaman yang memerlukan lebih kajian dan pemahaman. Usaha yang berterusan perlu untuk membantu komputer dan manusia memahami antara satu sama lain.



fuhhh....




No comments:

Post a Comment