Nuffnang Ads

Tuesday 21 October 2014

Pengalaman di Rock Conquest Varsity Challange 2014


Lagi beberapa minggu sebelum tarikh competition, kami mula membuat persediaan dari segi penyertaan dan latihan. Memula, debar sangat nak masuk, sebab ain jarang buat latihan sem ni.. kalau datang wall pun, lepak sambil tengok budak-budak naik wall. Kami 9 orang daftar nama, tapi sorang sebagai simpanan. - in case kecemasan. (jakwan, faris, tuan, eadil, shafie,alip, mirul, fatin & ain). Dalam competition ni, kami hantar 4 team, wakil UTHM. 2 team kategori men & 2 team kategori mix. Terima kasih kepada rakan-rakan climb dan Pusat Sukan UTHM yang sangat supportive.

Antara cabaran yang ain rase adalah, ini merupakan KALI PERTAMA kami menyertai competition sejak 2 tahun penubuhan CRUXS (Climbing & Recreation UTHM Extreme Sports) di UTHM, Selain itu, kami jarang didedahkan dengan rock climbing memandangkan di UTHM cuma ada wall sahaja, Kami pernah main batu dulu di Gua Musang, tapi itu dulu...sekali je.. Pernah juga buat bouldering di Bukit Payung, tapi hanya ain dan eadil yg pergi. Lagi, Ain tak pernah lead. Lagi 3 hari nak competition, ain berlatih lead di wall, tapi separuh jalan, lepas tu fall. haha..sakit kot. momentum jatuh tu lain macam sakitnya,, die tarik muscle dari peha sampai ke pinggang! tapi sakit sekejap je.

Gua Damai
Wall UTHM

18 Okt 2014 - Sabtu
Kami bergerak ke Gua Damai Batu Caves, tapi sebelum tu, wajib breakfast di kedai mamak. Sampai disana, kami membuat sedikit latihan lead dan top rope. Sebenarnya, agak sukar bagi kami bermain di batu sebab latihan kami setiap hari adalah di wall. Memang berbeza dan semestinya wall lagi susah.

latihan

Namun cuaca tidak begitu mengizinkan, kami hanya sempat membuat beberapa route sahaja. Pada pukul 4, kami terpaksa beredar dari sana disebabkan hujan yang sangat lebat, lagipun, kami harus melindungi barang-barang kami seperti tali, harness dll dari serangan air.

hujan yang turun..lalala

Pada waktu malam, diadakan sesi pendaftaran. tapi ain dan fatin tak pergi, sebab ikut en.tunang reunion dengan budak PLKN. hehe.. Anyway, thanks to my fiancee coz teman i for a whole day and tolong pick up and hantar.. =)

19 Okt 2014 - Ahad
Jam 8 pagi, kami bergerak ke Gua Damai. Kami membuat confirmation di meja pendaftaran dan bersarapan. Seterusnya, kami dikehendaki untuk check equipment dan membuat sedikit demo (pasang tali belay & climb, climb on & belay on, fall dan lower). Pada jam yang awal, diadakan closed competition untuk peserta UiTM sahaja iaitu tope rope. Kemudian, baru kami dipanggil untuk Open IPT. Sedikit briefing diberi sebelum pertandingan dimulakan.

Kami diberi masa selama 2jam 30 minit untuk melengkapkan mana-mana 23 route yang berlainan dengan melakukan top rope dan lead. Kami diberi score card bewarna kuning dan kad tersebut perlu diberi kapada petugas di setiap route. Di setiap route terdapat 3 check point (b1, b2 & top) yang harus dicapai agar point dapat diberi di score card. Setiap route juga mempunyai point masing-masing dengan nilai minimum 500 point. 

bebel banyak-banyak ni..faham tak?

bajet serius
Dalam masa 2 jam setengah tu, ain rasa ini pencapaian terbaik untuk pertama kalinya. Tak pernah naik banyak camni. Top rope sebanyak 9x antara ain & mirul (my partner - mix) tapi 1 xclear. anyway, it's a good achievement i ever had in my life. Lead?? my god, tak sanggop nak buat, tenaga dah berkurang. lagipun, masih tak berani nak lead.



Dalam competition ni, kami xdapat placing dan ain memang tak berharap pon dapat sebab training yang tersangat lah sikit. But, the most important things, i'm so happy and enjoy my climb. berbalik kepada tujuan awal kami masuk competition ini adalah untuk promote club climbing yakni CRUXS di persada dunia..cewahh.


next time, i'll upload some of our great pics. =)
korang, tengok Video Rock Conquest Varsity Challange ni..check it out.. Best sangat!.


p/s: gambar ikhsan dari fb Rock Conquest
- sorry kalau ada kesilapan text al maklumlah kamus climb ni macam2.. peace yoo!

Segmen BuatWanita.Blogspot.Com Mencari Bloglist 2015



Segmen BuatWanita.Blogspot.Com Mencari Bloglist Jan-Jun 2015 kini bermula. Penyertaan dibuka mulai hari ini sehingga 30 Disember 2014.

Klik link dibawah banner untuk join! Jom semua, kita join :)

Semua yang join akan tersenarai dalam bloglist BuatWanita.Blogspot.Com untuk bulan Januari 2015 hingga bulan Jun 2015.

Pemenang bertuah akan menerima hadiah sponsor dari LittlePuteri.Blogspot.Com

Thank you for your support!