Nuffnang Ads

Wednesday 10 June 2015

Ujian Programming Pegawai Tekonologi Maklumat di UM

Ain dapat email dari unit peperiksaan UM untuk menghadiri ujian programming bagi jawatan Pegawai Teknologi Maklumat (F41). Alhamdulillah, bersyukur dapat tapi ain tak memberi harapan setinggi gunung lah sebab email tu cc ke lebih 50 orang. Ini bermaksud, ramai calon yang dipanggil. 

Pagi hari kejadian, si suami tolong hantarkan ke Dewan Peperiksaan UM. Besar sangat dewan dia. Ain duduk sambil tenangkan diri. Malas nak study sebab ada bau-bau macam xdapat je. Haha..awal-awal dah surrender. 

Situasi dalam dewan macam dewan exam zaman u dulu. Kena isi kehadiran, tulis maklumat diri dalam buku jawapan dan check buku soalan. 

Soalan mencabar juga. Ada 2 kategori: objektif & subjektif. Okjektif ada 30 soalan dan subjektif ada 2 bahagian.

Untuk Objektif, soalan campur dengan PHP dan Java seperti maksud, ciri-ciri, error, output dll. Ok lagi, tak tahu pun boleh hentam, tapi bile masuk subjektif....errrrr!

Anda akan diberi situasi dan buat full code untuk situasi tersebut. Boleh pilih bahasa java, php atau c++. Pening jugak..Masa diberi 2jam. cukup-cukup sangat.. So, sekarang..kita tunggu result. Kalau senyap xdapat lah tu..hehhe


=)

2 comments: