Nuffnang Ads

Wednesday 7 October 2015

Menukar Pinjaman PTPTN kepada Biasiswa

Salam..

Hi, kawan-kawan, terutamanya yang baru lepas konvo ,mesti nak tahu cara untuk membuat pengecualian pembayaran pembiayaan PTPTN aka menukar pinjaman kepada biasiswa.

Mula-mula yang anda perlu tahu, terdapat beberapa syarat untuk mendapatkan keistimewaan ini. Syarat-syaratnya:

1. Tamat Ijazah Sarjana Muda aka degree sahaja
2. Mendapat Kelas Pertama


Permohonan anda akan DITOLAK sekiranya:

1 Diploma/ Sarjana/ PhD
2 Mendapat Kepujian Ijazah Kelas Kedua
3 Kursus tidak sama dalam Perjanjian
4 Kursus yang diikuti tidak mendapat pengiktirafan MQA (IPTS)
5 Membuat pelanjutan selain sebab perubahan struktur dan kesihatan


Senarai salinan yang DIPERLUKAN:

1. Surat Rasmi Permohonan
2. Borang Akuan Penerima Biaya (muat turun disini)
3. *Salinan Ijazah (ada perkataan Kelas Pertama
4. *Salinan Transkrip 
5. Surat Pengesahan Kelas Pertama. (sekiranya tiada perkataan Kelas Pertama dalam sijil Ijazah
6. Sijil Perakuan Akreditasi MQA (sekiranya IPTS)


*disahkan oleh Pegawai Bahagian Akademik/ Bahagian Peperiksaan dan Rekod Universiti/ Bahagian yang mengeluarkan Ijazah dan transkrip di IPT yang berkenaan.


Kemudian HANTAR ke alamat seperti yang tertulis dalam Borang Akuan Penerima Biaya.

Siap!


Pejabat Akademik ni kalau di UTHM kite panggil Pejabat Pengurusan Akademik (PPA). Kalau nak contoh surat rasmi permohonan, boleh minta pada ain..Nanti ain emailkan okey.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web PTPTN (Pengecualian Bayaran Balik PTPTN)
Ada soalan? boleh lihat di sini  >> Soalan Pengecualian Bayaran


Yeahh..dah konvo!






p/s: Yes..xyh bayar..hehhe



No comments:

Post a Comment