Nuffnang Ads

Thursday 27 August 2015

Checkup Air Gula

Salam,

Hari ni ain nak cerita tentang check up air gula di klinik ibu & anak Bangsar. Ain mendaftar pada pukul 8, dalam 15 minit dah siap daftar, ain dipanggil untuk ambil darah dan minum air gula. Tujuan minum air gula ini adalah untuk mengetahui paras gula dalam bdan seorang ibu. Sebelum itu, ibu dikehendaki untuk berpuasa pada malam sebelum hari untuk checkup. Kemudian, nurse akan ambil darah pada pelipat siku. Seriau..ain takpandang pon.

Lepas tu,baru minum air gula. Air gula die memang serius banyak, manis lagi macam kordial. Walaupun mereka dah letak perisa oren dalam tu, tapi ain tak boleh tahan. rasa nak muntah, loya..errr. Yang penting, jangan MUNTAH. Nanti kena buat lagi. Gigih abes kan dalm masa 7 minit.

Seterusnya, ain tunggu turn untuk checkup baby, macam biasa..check hb, air kencing, tekanan darah,perut dan dapatkan nasihat dari nurse. Ain dapat vit B, C, asid folik dan zat besi. huhu..banyak. Kemudian, ain dikehendaki untuk membuat suntikan ATT (anti Tetanus). Suntikan ini bertujuan untuk mengelak kancing gigi pada ibu dan anak. Sekiranya ibu mengandung lagi dalam tempoh 3 tahun, dos k-2 akan diberikan. Ain minta suntikan pada lengan kiri sebab nanti lenguh, kurang sikit effect untuk kita buat kerja.

Cukup 2 jam, ain dikehendaki untuk ambil darah semula. Memang rutin air gula, darah k-2 akan diambil 2 jam selepas darah pertama diambil. Kali ni ain hulur tangan kiri pula. Wah 3 mata jarum hari ni. Lenguh..  ahh..selesai juga. Kesian suami..tertidur2 dia.

Ain dapat time slip untuk ain dan suami. Total masa untuk checkup kali ni dari pukul 8 - 10.30. Ok2 lah..tapi dah mula pening, lapar, mengantuk.

Hehe...


Tuesday 18 August 2015

Percutian di Bukit Fraser


Assalamualaikum..Kali ni ain nak cerita tentang percutian keluarga di Fraser Hill sempena hari kelahiran ain.

Apa yang menarik tentang Fraser Hill adalah ia merupakan kawasan yang tenang, sejuk, sesuai untuk mereka yang mahu berehat dan pergi jauh dari kesibukan ibu kota. Fraser Hill terletak di negeri Pahang merlukan masa selama 2 jam dari Kula Lumpur untuk tiba. Tidak seperti Cameron Highlands, Fraser Hill bukanlah tumpuan orang ramai untuk membeli belah atau melawat ladang teh dan bunga, tidak mempunya pasar malam serta mereka yang sibuk berjual beli. 

sumber: http://www.fraserhill.info/

Kami pergi dengan 4 buah kereta kira-kira dalam 14 orang ahli. Kami melalui jalan dalam dari Rawang- Kuala Kubu Bharu. Sebelum meneruskan lagi perjalanan sarapan dulu di medan selera. Perjalanan melalui jalan berliku dan sempit serta  mengambil masa 2jam setengah. Mujur tidak banyak kenderaan yang lalu lalang. Disana, kami menginap di Glen Bunglow yang terletak berdekatan dengan padang golf dan The Paddock. Suasana disini memang sunyi dan tidak semeriah seperti Cameron. Percutian ini sesuai untuk 2 hari 1 malam sahaja kerana tidak banyak aktiviti yang boleh dilakukan atau tempat untuk dilawati.



Menariknya tentang Glen Bunglow ialah ia merupakan banglo 2 tingkat yang terdiri daripada 6 bilik yang sangat besar dimana setiap bilik mempunyai 2 hingga 3 katil beserta bilik air, 2 dewan makan, 2 ruang tamu dan laman yang luas.Kalau boleh datang lagi ramai, nanti tak delah takut sangat. 






Petang:

Di petang hari, kami pekena laksa,  nasi lemak, pisang goreng di warung makcik bawah banglo. Sejuk-sejuk ni pekene teh o panas, borak2 dengan family..nyaman rasanya..Ni je 1-1nya warung yang wujud di atas ni..memang ramai.. Makanan special cekodok durian tapi malangnya tiada gambar.. 




Kemudian,kami berjalan kaki menuju ke The Paddock. Tempat ni khas untuk aktviti menunggang kuda dan memanah. Tapi jalan-jalan je..

Lewat petang kami pulang ke banglo semula untuk memulakan aktiviti BBQ.. Yang perempuan tolong-tolong memasak. Menu utama nasi goreng cina je..Yang lelaki, setting tempat, bakar arang pon dah ambil masa yang lama. Di pekan, ada kedai runcit yang menjual arang beharga RM 10 sepaket. Ayam,daging,udang, hotdog semua dah siap perah. Nyummi.!

Malam:

Usai solat maghrib, kami pon turun dan bersiap sedia untuk makan. Yeahh..Birthday celebration!!.. Happy sangat sebab hubby buat suprise. Ada kek! Malam tu kami makan dengan lahapnya sambil berborak. Habiskan ayam bakar, kambing bakar..ratah hotdog dan udang. Lepas tu layan James Bond TV2... haha

Makanan perap
BBQ session
my cake!


Pagi:

Siapkan sarapan. Menu nasi goreng, mehun goreng dan masak untuk budak-budak. Nak kejutkan budak2 ni punye payah..maklumlah dah melantak kambing semalam. Dah makan,ape lagi..photoshoot jom..

Kami  menuju ke The Paddock lagi. kali ni main betul2. Bayaran memanah RM 10 untuk 10 batang anak panah. Siap ade pengajar lagi. Seronok, sejuk je. Aktiviti menunggang kuda tak ada kerana under renovation..huhu..sedih.






Kami menuju ke pekan untuk bergambar. Sambil-sambil tu boleh singgah ke kedai lepak makan jagung. Nak tunggu ambil turn bergambar pon lama. Di sini,terdapat juga Air Terjun Jeriau tapi kami xpergi sebab xmasuk dalam jadual. Terdapat juga Paddle Boat. pon tak masuk dalam jadual. RM 8 xsilap.



Terima kasih kepada my family member untuk percutian yang betul-betul  berehat ni. Adik-adik ain pon dah lama x bercuti. Ea laa..muda-muda pon da sibuk kerja smpai demam. Liat sangat nak ajak jalan...lepas ni kite jalan lagi ea..



Thank my hubby =)